power by

power by

Tuesday, May 15, 2012

Try To Change You DP, AND U WILL CHANGE PLASTINIAN LIFE

Show your support!!!
Minta TOLONG semua sahabat Menukar gambar profil anda Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..
Bilal Thiab ... 76 hari
Thaer Halahleh ... 76 hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa. *mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh,,, sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana, tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yg boleh kita buat , Perang Media ! [solidariti]
Sekarang ni di facebook tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar "Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike" sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel. Dan ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya. Sebelum ini, adakah anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu. It's called awareness! Simbolik Penukaran Default Picture (DP) ialah : 1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara. 2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin. 3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel. 4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Mogok lapar terbesar dalam sejarah. 5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam. 6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.
Apa hukum mogok lapar? Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara' bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan : “ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!" Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.

No comments:

Post a Comment